Friday, February 24, 2017


Pekan Agro Farm turut menjual bongkah matang dan cendawan segar serta khidmat nasihat.. sentiasa bekerjasama dgn pihak jabatan pertanian.

Rumah cendawan kedua dah hampir siap. Dalam seminggu lagi dah boleh isi bongkah dlm 7 ribu ke 10 ribu. In sha allah..


Projek cendawan dah dimulakan. Bongkah matang dah ready utk keluar hasil. Dari rumah cendawan yg pertama..

Kursus dengan Jabatan Pertanian Pahang. Terima kasih Puan Wawa kerana mencalonkan nama saya untuk kursus dan untuk mendapat sijil myorganic tahun 2017.


Kenangan kursus cendawan di Kuala Kangsar Perak.

Kenangan kursus cendawan tiram di Benut Johor.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akhirnya niat utk menjadi usahawan tani kini menjadi realiti..
Terima kasih kepada semua yang membantu..Cikgu Saiful dari Benut, Cikgu Azhari dari Kuala Kangsar dan Puan Wawa dari Jabatan Pertanian Permatang Pauh Pekan Pahang.
Ilmu yang diperolehi menjadikan saya bertambah yakin untuk menjadi usahawan cendawan tiram di Pekan Pahang.
28 Feb saya telah beli bongkah sebanyak 600 dari Benut. Kemudian 1000 bongkah lagi dari Tanah Putih Pahang.
Minggu ni alhamdulillah siap rumah cendawan kedua saiz 20 x 22 kaki.
Awal mac saya akan masukkan dlm 6000 ke 10000 ribu bongkah lagi.
Kepada kawan yang sama2 berkursus. Jom jadikan impian sebagai usahawan cendawan menjadi kenyataan..